Wujudnya konsep hak asasi manusia dapat dilihat sebagai suatu proses evolusi .Walaupun konsep hak asasi manusia dikatakan masih baru namun menurut Paine ,idea dan pemikiran berkenaan hak asasi manusia sudah dapat dikesan kewujudanya semenjak kewujudan manusia itu sendiri. Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan, beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan.
Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau penapisan. Istilah yang bersinonim, kebebasan menyatakan pendapat kadangkala digunakan sebagai maksud kepada bukan sahaja kebebasan bersuara secara percakapan verbal, tetapi juga tindakan mencari, menerima dan menyebarkan maklumat atau idea, dengan tidak mengira medium yang digunakan
.Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat berkait dengan, tetapi berasingan dengan, konsep kebebasan berfikir atau kebebasan menilai. Dalam realiti, hak kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak di mana-mana negara dan hak ini lazimnya dihadkan, misalnya dalam konteks "kebencian". Ini disebabkan menggunakan kebebasan bersuara selalunya dalam konteks amalan yang saling bertentangan.Hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politikal (ICCPR).
Kajian ini memberi tumpuan kepada hak asasi manusia dan undang-undang yang berkaitan dengannya. Pada tarikh yang pertama, negara menyaksikan tertubuhnya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) iaitu satu pertubuhan yang ditunggu-tunggu bagi meningkatkan kesedaran rakyat negara ini perihal hak asasi. Usaha negara untuk menubuhkan institusi hak asasi manusia itu bermula dengan penyertaan aktif dalam Suruhanjaya BangsaBangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNCHR) pada tahun 1993.
Penglibatan aktif Malaysia mewajarkan pertubuhan dunia itu memberi penghormatan kepada negara apabila Tan Sri Musa Hitam dilantik Pengerusi sesi ke-52 UNCHR pada tahun 1995, manakala keanggotaan Malaysia dalam suruhanjaya tersebut dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga (2001-2003). Rentetan daripada itu, timbul cadangan supaya suruhanjaya seperti itu ditubuhkan di peringkat domestik. Hasilnya Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597 diwartakan pada 9 Sep 1999. Mesyuarat sulung Suhakam dilangsungkan pada 24 April 2000.
Tarikh kedua iaitu hari ini pula genaplah sepuluh tahun penubuhan Suhakam. Semestinya tempoh tersebut boleh dijadikan penanda aras fasa pertama sejauh mana suruhanjaya itu berjaya melaksanakan fungsinya sejajar dengan objektif penubuhannya iaitu antara lain untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan berhubung hak asasi manusia. Suhakam juga ditubuhkan bertujuan menasihati dan membantu kerajaan merumuskan perundangan, arahan dan tata cara pentadbiran serta mengesyorkan langkah-langkah yang perlu. Paling diberi perhatian adalah fungsi Suhakam untuk menyiasat aduan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia yang ketika ini menjadi isu hangat bukan saja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan