Isnin, 2 Mei 2011

4.0 TEORI-TEORI HAK ASASI MANUSIA

4.1 Teori Moral Hak Asasi Manusia
Adalah jelas ,hak asasi manusia adalah asas utama dalam moral semula jadi masyarakat .Perspektif ini boleh difinisikan sebagai moral theory of human right atau teory Moral Hak Asasi Manusia kerana tuntutan manusia adalah berdasarkan hak asasi yang berada dalam persekitaran moral .

Berdasarkan teori klasik ini manusia berhak mendapat keuntungan atau kebaikan iaitu keperluan moral mereka yang berharga sebagai manusia .Ini kerana hak asasi manusia adalah asas dalam membentuk maruah dan martabat manusia ianya kekal bersifat sejagat yang boleh digunakan kepada semua individu dimana tidak mengambil kira bangsa jantina dan umur etnik ataupun kewarganegaraan .
Disebabkan hak asasi ini unik dalam konteks moral semulajadi manusia maka ianya wujud secara bebas dari dalam komuniti masyarakat dan negara dimana manusia boleh tinggal secara bebas di dalamnya . jadi hak asasi manusia adalah mengatasi undang-undang yang diperolehi daripada keadaan semulajadi mereka yang sah atau moral sahih tidak daripada perlembagaan atau peruntukan undang-undang atau tindakan tertentu yang dilakukan oleh negara dan organisasi antarabangsa .

Dalam dunia moden kini idea idea hak asasi manusia adalah bagi tujuan menambahkan pengaruh . Menurut R.J Vincent idea hak asasi manusia dalam kehidupan adalah perkara utama dalam dunia politik .Dimana teori moral kepada hak asasi manusia pada abab ke 17 dan 18 , ialah dengan syarat ia dilakukan secara hujahan yang menyakinkan dalam dunia moden ini ,teori itu ditambah cabarannya dengan konsep lain hak asasi .

4.2 Teori Keadilan Sosial Hak Asasi Manusia
Charles Beitz yang membangunkan teori keadilan sosial Hak Asasi manusia yang membuktikan hak dalam terma pembahagian keadilan berbanding moral semula jadi manusiam. Berdasarkan teori ini hak asasi manusia adalah hak-hak yang berasaskan norma keadilan sosial yang menjamin kebaikan manusia .
Charles Beitz mendakwa oleh kerana doktrin klasik hak semula jadi membatasi hak keselamatan perseorangan dan kegagalan dan kegagalan mengambil kira tuntutan sosioekonomi ,model keadilan sosial menyediakan kedudukan yang lebih menyeluruh kepada hak asasi manusia .Walau bagaimanapun ,dalam model Charles Beitz ada batasanya .

4.3 Teori Hak Asasi Manusia yang Tersusun
Pendekatan ketiga dipanggil juga Teori hak asasi Manusia yang tersusun yang mana menentukan dasar hak asasi yang semestinya bagi kebaikkan manusia. Menurut Henry Shue penyokong teori ini mengatakan kehidupan manusia untuk hidup tanpa hak asasi yang layak diamalkan dengan baik adalah mustahil dicapai . Shue juga mengatakan terdapat tiga jenis hak asasi manusia iaitu keselamatan kebebasan dan kehidupan . Hak-hak asasi ini tidak mengambarkan senarai yang lengkap asas hak asasi manusia malah bukanlah yang paling dikehendaki berbanding hak-hak yang lain tiga hak berupa keperluan kolektif yang dapat memenuhi keperluan hak-hak yang dikehendaki oleh manusia .

4.4 Teori Saintifik Ssial Hak Asasi Manusia
Pendekatan keempat ialah teori sainstifik Sosial hak Asasi manusia ,keperluan bagi membuktikan hak asasi manusia diatas persetujuan yang merentassi budaya . disebebkan darjah ketinggian kepada plularismi budaya dalam dunia kontemporari dan oleh kerana perubahan yang berterusan daripada segi adat dan nilai dalam masyarakat yang berbeza bagi menjumpai sesuatu persetujuan peringkat tertinggi berkenaan hak asasi manusia adalah jelas sekali sukar diperolehi.Perjanjian antarabangsa yang penting sekali wujud pendekatan yang digunakan masih tidak dapat menekankan pandangan yang baik dan menarik berkenaan hak asasi manusia .Ini kerana tuntutan moral tidak dapat disimpulkan daripada fakta emperikal .

Kesimpulannya walaupun para sarjana masih berbeza pandangan daripada segi pengertian dan kewajaran dan hak asasi manusia ,terhadapnya persetujuan politik yang meluas yang menyokong tuntutan hak hak dilihat sebagai absah dan menyediakan tapak dalam meneruskan tuntutan dalam negara dan masyarakat antarabangsa itu sendiri .
Sebelum menyelidiki penerimaan meluas prnsip-prinsip pandangan antara bangsa dan konvensyen -konvensyan hak asasi manusia jelas didapati doktrin kesejagatan hak asasi manusia bagi masyarakat global adalah bentuk pluralisme budaya.Inilah yang akhirnya membentuk perdebatan antara dua golongan penyokong hak asasi manusia iaitu universalis melawan relativis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan