Isnin, 2 Mei 2011

12.0 KAJIAN KES-KES BERKAITAN HAK ASASI MANUSIA DI MALAYSIA

Dengan memantau kes-kes yang telah diputuskan di mahkamah Malaysia, kita dapat mengkaji pendekatan kehakiman terhadap imbangan antara hak ramai dan hak individu.

(a) Dalam kes Tunjuk perasaan di lebuhraya Kesas pada November 2000, penganjur Parti Pembangkang (PR) telah merancang mengadakan perhimpunan yang dijangka akan dihadiri sehingga 100.000 orang di tanah persendirian dan bukannya di kawasan awam dan dengan demikian tidak memerlukan permit polis .Walau bagaimanapun sejak awal-awal lagi polis telah memaklumkan tanpa permit perhimpunan tersebut adalah haram ,walau bagaimanapun demonrasi oleh golongan penduduk tempatan menentang perhimpunan yang akan diadakan itu dibenarkan polis tanpa membuat permohonan atau mendapat permit polis . Sebelum perhimpunan itu diadakan polis telah merancang bagi menghalang dan menguasai sepenuhnya termasuk menghalang orang ramai daripada sampai ke tempat perhimpunan dengan mebuat sekatan jalanraya .Pada hari perhimpunan tersebut beratas-ratus kereta yang cuba masuk terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di lebuhraya Kesas dan terpaksa meletakan kereta mereka ditepi jalan pada hari tersebut polis telah menyenbur air dan gas pemedih masa mengunakan hos untuk menyuraikan orang ramai semasa mereka cuba bergerak .Seramai 122 orang telah ditangkap dan mereka yang cedera tidak diberikan rawatan sehingga keesokan harinya dan direman selama 5 hari . Menurut pemerhati mendapati berhubung kebebasan berhimpun pihak polis wajar memberi kebebasan berhimpun, ekoran daripada itu dalam laporan siasatan Kesas 2001 Suhakam telah membuat beberapa cadangan antaranya

i) undang-undang berkaitan denganperhimpunan hendaklah dilaksanakan dengan saksama dan tiada diskriminasi ;
ii) Kaedah penyuraian orang ramai oleh PDRM perlu dikaji semula dan polis diminta mengawal diri semasa bertindak ;
iii) Orang ramai diberi masa secukupnya untuk bersurai dan bukanya dikejar dan atau dipukul dizalimi dan dilayan dengan tidak keperikemanusiaan dan rawatan perubatan perlu diberi segera .

(b) Dalam insiden yang lain pada feb 2004, seramai lebih kurang 60 orang termasuk wakil dari 46 NGO dalam parti politik telah berhimpun secara aman di hadapan pintu masuk pejabat Polis Bukit aman untuk menghantar memorandum berkenaan penyalahgunaan kuasa oleh polis hanya tiga orang wakil sahaja dibenarkan masuk dalam bangunan semasa menghantar memorandum tersebut sedangkan pihak penganjur telah meminta untuk menghantar sekurang-kurangnya 10 orang untuk masuk bagi membincangkan isu -isu yang akan dibangkitkan. Pegawai polis tidak mengendahkan permintaan ini dan mengarahkan supaya mereka bersurai , tanpa didengari oleh kebanyakan mereka dalam masa 3 minit trak penyembur air telah menyembur air yang dicampur dengan bahan kimia kearah orang ramai, semasa peserta melarikan diri dan terjatuh seramai 17 orang telah ditangkap dan dibebaskan dengan ikat jamin.

(c) Dalam satu kes yang lain, kes Hajjah Halimatussadiah, mahkamah memutuskan hak seorang kakitangan awam untuk memakai purdah adalah tertakhluk kepada perintah perkhidmatan awam. Dengan ini, hak ramai mengatasi hak individu seorang untuk memilih cara berpakaian demi alasan untuk mengekalkan disiplin di perkhidmatan awam.Menurut keputusan kes Susie Teoh dan kes Hajjah Halimatussadiah, adalah jelas terdapat kecenderungan untuk memberi tempat yang lebih utama kepada hak ramai daripada hak individu.

(d) Dalam kes Re Susie Teoh, Hakim Mahkamah Tinggi YA Abdul Malek, memutuskan bahawa seorang bapa tidak mempunyai kuasa di bawah Akta Penjagaan Anak 1961 untuk memilih agama bagi anaknya. Anaknya mempunyai hak di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan untuk memilih agamanya sendiri. Ringkasnya, seseorang bukan Islam yang berumur di bawah umur 18 tahun boleh menentukan agamanya sendiri dan tidak tertakluk kepada kehendak penjaganya.Tetapi, keputusan ini dibalikkan di Mahkamah Agung. Di Mahkamah Agung telah diputuskan di bawah semua keadaan, demi kepentingan negara yang lebih utama (in the wider interests of the nation), seseorang minorit. tidak mempunyai hak automatik untuk menerima ajaran berkaitan sesuatu agama tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaganya. Dalam keputusan ini, kepentingan ramai mengatasi hak seorang kanak-kanak untuk memilih agamanya yang dijamin di bawah Perkara 11.

2 ulasan:

  1. Wah! Baru tau ada kajian kes-kes HAM di Malaysia.. Thanks for the info.. Jadi tau sekarang.. he he

    BalasPadam
  2. ALHAMDULILLAH.. SANGAT MEMBANTU SAYA SEBAB SAYA KENA BENTANG TAJUK NI. TQ

    BalasPadam