Isnin, 2 Mei 2011

6.0 HAK ASASI MANUSIA DAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA.

Hak asasi manusia secara jelasnya diwartakan dalam undang-undang antarabangsa. Ia diwujudkan untuk memenuhi piagam PBB itu sendiri iatu hak asasi manusia adalah milik semua dan tiada pengecualian. Semua manusia secara azalinya dilahirkan dengan hak asasi dan ia bukan keistimewaan untuk golongan tertentu sahaja. Sebagai lanjutan kepada 'International Bill Of Right' yang diwujudkan lebih awal,diwujudkan pula Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia yang memberikan garis panduan berkenaan dengan Hak Asasi Manusia. Berkenaan isu semasa iaitu "Agenda Global", Charles Norchiu menekankan bahawa pengisytiharan sejagat mewakili sempadan persetujuan berkenaan hak asasi tanpa terikat dengan budaya dan tradisi.

Hak asasi sejagat seterusnya dikukuhkan lagi denagan dua konvenan antarabangsa iaitu "International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights, and International Covenant on Civil and Political Rights" yang mengambil berat berkenaan dengan pencabulan hak asasi manusia seperti pembunuhan etnik, diskriminasi perkauman, diskriminasi wanita, hak kanak-kanak dan golongan minoriti, toleransi beragama. Malah banyak lagi yang diwartakan tetapi yang paling popular dan menjadi garis panduan umum ialah Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi manusia.

Pelanggaran kepada mana-mana perkara ini sebenarnya boleh diujuk kepada Mahkamah Keadilan antarabangsa(ICJ). Tetapi secara teknikalnya banyak kes pelanggaran hak asasi manusia tidak dapat diheret ke mahkamah ini atas banyak sebab. Contohnya penjajahan Amerika terhadap Iraq yang jelas mencabul hak asasi rakyat iraq dalam penentuan sendiri kepimpinan negara tidak dapat dicegah oleh undang-undang antatarabangsa. Inikah yang diharapkan dari perwartaan keadilan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan