Syariat Islam telah menyusun atur masyarakat secara yang seimbang atau berimbang. Hak yang dinikmati oleh seseorang adalah imbalan kepada perlaksanaan tanggungjawab yang disempurnakannya. Seandainya ada segolongan anggota masyarakat Islam yang mengadu kerana kezaliman yang telah menghakis hak mereka, maka itu adalah kesan daripada pengabaian segolongan yang lain dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sepertimana yang telah diwajibkan oleh Allah.Kewajiban tersebut ialah untuk menegakkan keadilan Ilahi di maya pada ini. Manakala matlamatnya telah diungkapkan sendiri oleh Allah melalui firmannya dalam surah Ar-Rahman ayat 7 hingga 9)"Dan langit dijadikannya (berbumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang- undang dan peraturan neraca keadilan.supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan.Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang."
Perlaksanaan amali terhadap tuntutan ayat ini dihuraikan oleh hadis Rasulullah, nabi yang amanah dan maha guru agung manusia:"Setiap orang daripada kamu adalah pengelola. Ia bertanggungjawab terhadap orang di bawah kelolaannya. Pemimpin negara pengelola dan bertanggungjawab terhadap (rakyat) di bawah kelolaannya. Suami pengelola keluarga. Dia bertanggungjawab mengelola keluarganya. Isteri juga pengelola di rumah suaminya. Ia bertanggungjawab terhadap apa yang di bawah kelolaannya. Pembantu rumah juga pengelola terhadap barangan rumah majikannya. Ia bertanggungjawab terhadap apa yang di bawah kelolaannya. Setiap kamu (sebenarnya) adalah pengelola dan bertanggungjawab terhadap apa yang di bawah kelolaannya."Hadis di atas mengungkapkan kebijaksanaan mengurus di mana setiap orang dibekalkan dengan rasa tanggungjawab yang boleh melicinkan perlaksanaan tugas masing-masing. Hadis ini mengutarakan konsep atau teori sektor berjinjang. Ketetapan bermula daripada unit yang paling kecil dalam negara iaitu keluarga sehinggalah kepada unit yang paling besar iaitu pemerintah negara.
Berdasarkan rentetan tanggungjawab seperti dalam penjelasan Ar-Rasul di atas, maka setiap orang dalam negara Islam mempunyai dua peranan; sebagai pengelola atau pelaksana dan dalam masa yang sama dia juga merupakan anak buah, iaitu atas tanggungjawab orang lain pula.
Demikianlah perbincangan mengenai hak manusia yang merupakan suatu tema yang sulit dan sukar, justeru hak-hak itu merupakan sendi keseluruhan binaan syariat. Akar tunjangnya kukuh terpacak di bumi manakala pucuk dan cabangnya menggapai awan.
Memang tidak mudah hal seperti ini dapat digarap oleh sebarang manusia biasa; justeru syariat Islam adalah syariat unggul yang mengatasi segala sistem perundangan lain. Syariat Islam merangkumi kepentingan manusia di dunia dan akhirat. Ia menyusun atur masalah sekecil-kecilnya dalam lingkaran keluarga dan individu hinggalah kepada masalah yang lebih besar seperti masalah negara dan dunia amnya.
Perjuangan untuk memantapkan perakuan dan penghayatan terhadap hak asasi manusia adalah suatu perjuangan yang sukar dan memerlukan masa yang panjang. Ia memerlukan sistem pendidikan yang menekankan aspek ini. Ia juga perlu ditunjangi oleh kesedaran keagamaan yang tinggi dan rasa khasyah atau takwa yang mendalam terhadap Allah sebagai pencipta.
Ketiadaan tarbiah dan pendidikan dalam kumpulan masyarakat atau pemimpin atau parti yang berfahaman kebangsaan merupakan virus dan kuman yang membiakkan sifat ganas, undemocratic dan anti-kemanusiaan. Sebab itu usaha memperkasa kefahaman dan penghayatan agama melalui alat sebaran am, pendidikan dan sebagainya adalah suatu kemestian dan kewajipan demi mengelakkan perbuatan ganas oleh pihak penguasa dan juga rakyat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan