Isnin, 2 Mei 2011

7.0 HAK INDIVIDU

Hak individu ini seperti hak hidup, makan, minum, pakai, milik, belajar, bersuara, rawatan, bekerja, warganegara dan sebagainya. Tetapi apabila bertembung antara hak individu dengan hak masyarakat, maka hak masyarakat mestilah didahulukan selagi tidak melanggar hak individu yang lebih besar. Contoh, hak individu ialah memiliki tanah manakala hak masyarakat ialah memiliki bersama jalan untuk kemudahan awam. Sewaktu berlaku pertembungan antara dua hak ini, maka hak masyarakat mestilah diutamakan tetapi tidak melebihi keperluan asasi hak individu iaitu hak memiliki tanah sebagai tapak tempat tinggalnya.

Ketika ini, pihak berkuasa bertanggungjawab mencari ganti tapak yang diperlukan bagi individu yang terpaksa berkorban demi hak umum atau hak masyarakat itu. Dalam masyarakat barat, hak individu ini lebih besar daripada hak umum, sehinggakan seseorang boleh bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dalam bandar yang terdiri pelbagai jenis manusia dan tahap umur. Hal ini sudah menceroboh hak umum iaitu ketenteraman jiwa tanpa gangguan emosi yang terhasil daripada mempamerkan tubuh yang merangsang hormon seksual itu. Dalam Islam, penutupan aurat (samada lelaki atau perempuan) adalah wajib/ fardhu yang mendatangkan pahala apabila dilaksanakannya dengan ikhlas dan berdosa apabila diabaikan dengan sengaja.

Di Eropah dan Barat, mereka mengutamakan hak individu. Bagi mereka, setiap individu berhak melakukan sesuatu perkara yang diinginkannya, selagi perkara itu tidak mengganggu privasi orang lain.

Lantaran itu, atas "tiket" hak individu, muncul pelbagai kontroversi yang mencabar nilai sosial masyarakat di sana. Antara hak individu yang mencetuskan kontroversi adalah membenarkan perkahwinan sejenis dalam kelompok gay dan lesbian, begitu juga hak mereka untuk mempunyai anak dengan pasangan masing-masing walaupun tidak berkahwin.

Jadi, bukan suatu yang memeranjatkan apabila ada artis Barat mengisytiharkan diri mereka gay atau lesbian. Misalnya, penyanyi legenda Britain, Sir Elton John secara terbuka mengaku dirinya seorang gay, manakala pelakon wanita Hollywood, Angelina Jolie pula mengaku mengadakan hubungan sejenis dengan "teman wanitanya."

Selebriti Barat dan Eropah juga tidak segan-silu mengumumkan bahawa mereka dikurniakan cahaya mata hasil hubungan seks luar nikah dengan pasangan masing-masing. Terbaru, bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo pada awal Julai lalu dengan bangganya mengumumkan beliau sudah bergelar ayah hasil hubungan seks luar nikahnya dengan pasangannya yang dirahsiakan namanya.
Namun, semua itu berlaku di Eropah dan Barat, masyarakat yang mendakwa sentiasa mempertahankan hak individu walaupun sering kali hak tersebut mencabar nilai sosial dan kemanusiaan mereka sendiri.

Bagi masyarakat Timur termasuk Malaysia, hak dan nilai masyarakat mengatasi hak peribadi. Individu di negara ini tidak boleh sesuka hati melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai masyarakat. Semua pihak mengakui hakikat ini.
Namun, pendedahan baru-baru ini hasil laporan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidikan dari Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia yang diketuai Profesor Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran, sebenarnya menunjukkan bahawa konflik antara hak individu dengan nilai masyarakat sedang kuat bergolak di negara ini.

Kajian tersebut menunjukkan salah laku seks bebas yang dilakukan oleh remaja Melayu di negara ini di bandar mahupun luar bandar. Kajian yang melibatkan 300 orang responden terdiri daripada golongan remaja Melayu (berumur antara 15 hingga 25 tahun) menunjukkan hasil yang begitu meresahkan. Kira-kira 85 peratus responden mengakui bahawa mereka melakukan seks bebas.
Jika ada mana-mana pihak yang "membebel" kepada mereka tentang salah laku yang mereka lakukan, jangan terperanjat jika mereka mengatakan, "anda berhak bercakap apa-apa sahaja, saya pula berhak menerima atau menolak pandangan anda kerana itu hak peribadi saya."hak individu.

Jadi, adakah kita semua sudah bersedia menerima kehadiran generasi yang memperjuangkan hak peribadi ini? Atau tiba masanya kita merancang strategi terbaik untuk melunturkan kepercayaan songsang mereka?

Isu perempuan/lelaki profesional tidak kahwin sering dibicarakan oleh pelbagai golongan masyarakat. Pelbagai andaian dan pandangan dikemukakan sehingga sampai ke tahap yang boleh menjejaskan maruah golongan perempuan/lelaki tersebut.
Sikap yang gemar mempersoalkan hak dan status perempuan/lelaki profesional yang tidak berkahwin telah menjadi lumrah kehidupan masyarakat di negara ini.Idea-idea dan pandangan yang dikemukakan itu kadang-kadang terkeluar daripada fakta dan realiti kehidupan perempuan /lelaki profesional.(Contohnya, Zainab binti Harith, sepupu Rasulullah s.a.w. menunjukkan sikap yang buruk terhadap suaminya kerana beliau merasai terlalu kecewa kerana dikahwinkan dengan Zaid bin Thabit, hamba kepada Rasulullah s.a.w yang dijadikan oleh baginda sebagai anak angkat. Perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian. Kemudian Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w. supaya berkahwin dengan Zainab.)Setiap tahun isu-isu berkaitan dengan kebebasan hak individu sering dibicarakan. Ini menunjukkan bahawa terdapat umat Islam kurang memahami hak-hak individu. Mereka perlu memahami sejauh manakah hak mereka terhadap orang lain.
Pada 5 Jan 2008 Kerajaan akan mengkaji semula undang-undang berhubung pelanggaran hak individu supaya tindakan yang lebih keras dapat diambil terhadap pihak yang mengganggu hak peribadi seseorang termasuk pemimpin., undang-undang seumpama itu telah wujud dan dilaksanakan namun hukuman terhadap pihak yang mengganggu hak persendirian tidak begitu keras. Sesiapa yang melanggar hak individu dari segi privaci boleh didakwa.

''Bagaimanapun hukuman yang lebih ketat belum ada lagi, peletakan jawatan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek selepas mengaku dirinya ialah lelaki dalam rakaman video seks yang diedarkan di Muar dan Batu Pahat, Johor, oleh pihak tertentu .Susulan pengakuan itu, Soi Lek melepaskan kesemua jawatannya dalam kerajaan dan parti .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan