Isnin, 2 Mei 2011

1.0 PENDAHULUAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji dan selawat kepada Nabi pilihanNya Muhammad SAW. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, kajian yang releven untuk memperkasakan orang ramai tentang dunia yang bergerak kearah aliran globalisasi disamping mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam pengkhususan masing-masing telah dapat disempurnakan. Hak asasi manusia juga bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telah dipraktikkan sejak dari dahulu lagi dan sejarah membuktikan ia telah diamalkan sejak zaman feudal lagi sehinggalah sekarang. Maka tidak hairanlah, ia semakin berkembang dan banyak kupasan lanjut berkenaannya diperlukan.

Tajuk-tajuk yang dibincangkan merangkumi definisi dan maksud, kemajuan perkembangan hak asasi manusia, teori-teori hak asasi manusia, polarisasi hubungan dalam konsep hak asasi manusia, hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa, hak individu, hak ramai, perbezaan matlamat dan tujuan hak asasi manusia dari perspektif syariah berbanding pemikiran barat, keseimbangan antara hak dan tanggungjawab, serta kes dan artikel berkaitan hak asasi manusia. Semua perbincangan dalam setiap tajuk dikupas untuk memberikan gambaran yang jelas mengenai hak asasi manusia. Rujukan tambahan disertakan pada setiap perbincangan dan kajian lanjutan bagi menambahkan kefahaman berkenaan tajuk ini boleh diteruskan lagi kerana perbincangan berkenaan tajuk ini amat meluas kerana ia berkaitan dengan isu-isu yang berlaku di seluruh dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan